Square Enix telah mengumumkan yang Valkyrie Elysium akan dilancarkan pada 29 September 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 manakala untuk PC pada 12 November 2022, selepas diumumkan pada bulan Mac lepas.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Tidak seperti permainan-permainan Valkyrie Profile sebelum ini yang menggunakan sistem mengikut turutan, Valkyrie Elysium dilihat menggunakan sistem aksi hampir sama seperti apa yang digunakan pada beberapa permainan moden Square Enix seperti Final Fantasy XV.

Pemain dilihat boleh menggunakan sejumlah senjata dan serangan jarak dekat dan jauh, dan menggunakan pahlawan-pahlawan yang dikumpul untuk membantu anda dalam permainan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Valkyrie Profile: Lenneth juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 29 September 2022.

Sohor Kini