Prime Matter dan Brass Token telah berkongsi treler kedua untuk permainan baharu mereka iaitu The Chant. Treler kali ini memfokuskan kepada penceritaan bagaimana mereka berada di Glory Island dan selepas membaca satu jampi keadaan menjadi huru-hara.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

The Chant adalah permainan seram aksi pengembaraan, di mana sekumpulan kultus telah melakukan satu upacara yang secara tidak sengaja membuka portal ke tempat jahat iaitu “The Gloom”. Portal ini membuatkan orang sekeliling menjadi hilang akal.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini