Kosmo Online telah melaporkan yang Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim akan melakukan perjumpaan dengan pempamer dan juga penerbit filem tempatan seawal esok untuk berbincang mengenai isu agihan keuntungan filem.
Dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan yang tinggi tetapi dikatakan tidak terlalu menguntungkan kerana agihan keuntungan seperti cukai hiburan dan juga bayaran kepada penyedia pawagam yang tinggi.
Perkara ini telah disuarakan oleh pengarah dan juga penerbit filem seperti Datuk Afdlin Shauki, Nam Ron dan juga Mawi yang mengatakan cukai hiburan menjadi bebanan kepada pengeluar filem.
Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim pada masa sama juga mengatakan yang buat masa ini mereka sudah mempunyai Insentif Tayangan Filem Cereka (ITCF) di mana, filem-filem yang mendapat kutipan melebihi RM6 juta akan menerima pulangan maksimum RM500 ribu daripada kerajaan.
Beliau juga mengatakan yang pertemuan ini sudah lama dirancang dan berharap hasil daripada perbincangan, keputusan serta garis panduan yang lebih jelas akan dicapai.
Di satu laporan yang berlainan, FINAS telah merujuk kepada peguam mengenai isu Studio Kembara iaitu penerbit untuk filem Mat Kilau tidak memberikan kredit mencukupi kepada FINAS.