Microsoft minggu ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Game Pass bagi awal bulan ini dan ia memperlihatkan beberapa permainan Yakuza kembali ditawarkan iaitu Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2. Ketiga-tiga permainan ini pernah ditawarkan di dalam perkhidmatan langganan ini tetapi ditamatkan pada akhir tahun lepas.

Selain itu, terdapat juga permainan-permainan lain yang ditawarkan seperti permainan baru dilancarkan iaitu Matchpoint serta Peppa Pig dan Power Wash. Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan disertakan di dalam Game Pass, Xbox dan juga PC bagi pertengahan pertama bulan ini;

  • Last Call BBS (PC) – Sudah tiba
  • Yakuza 0 (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Yakuza Kiwami (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Yakuza Kiwami 2 (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • DJMax Respect V (Xbox, Cloud, PC) – 8 Julai
  • Matchpoint: Tennis Championships (Xbox, Cloud, PC) – 8 Julai
  • Road 96 (Xbox, Cloud, PC) – 8 Julai
  • Escape Academy (Xbox, PC) – 15 Julai
  • My Friend Peppa Pig (Xbox, Cloud, PC) – 15 Julai
  • Overwhelm (PC) – 15 Julai
  • PAW Patrol The Movie: Adventure City Calls (Xbox, Cloud, PC) – 15 Julai
  • PowerWash Simulator (Xbox, Cloud, PC) – 15 Julai

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 15 Julai;

  • Atomicrops
  • Carrion
  • Children of Morta
  • Cris Tales
  • Lethal League Blaze

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini