Spider-Man No Way Home adalah filem MCU paling epik pada tahun lepas. Filem ini juga adalah filem MCU pertama yang mengambil konsep multimesta lebih serius dengan menyertakan pelbagai watak antagonis dan Spider-Man daripada filem-filem lama seperti Willem Dafoe, Tobey Maguire dan ramai lagi.

Baca: Ulasan Spider-Man: No Way Home – Akhirnya, Filem Solo Spider-Man Sebenar Yang Semua Nantikan!

Filem ini berjaya mengutip $1.9 bilion di seluruh dunia dengan tayangan semula dengan adegan tambahan akan dilakukan pada September akan datang. Bulan Mac lepas, filem ini sudah boleh dibeli secara digital atau sewa di pelbagai platform seperti Apple TV.

Filem ini kelak boleh distrim terus di Netflix Malaysia pada 13 Julai akan datang. Jika anda mengharapkan filem ini boleh distrim di Disney+ atau Disney+ Hotstar, anda hanya boleh bermimpi kerana Netflix mempunyai perjanjian untuk menyiarkan kandungan Sony secara eksklusif untuk beberapa tahun lagi sebelum hak siaran berpindah ke Disney+ pula.

Tonton Di Netflix: Spider-Man No Way Home

Sohor Kini