Lollipop Chainsaw Remake Diumumkan Akan Tiba Pada Tahun 2023

Dragami Games telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Lollipop Chainsaw Remake dan akan dikeluarkan pada tahun 2023. Ia adalah versi olahan semula untuk permainan Lollipop Chainsaw yang dikeluarkan pada tahun 2012.

Permainan asal dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture bersama dengan Kadokawa Games, namun ia tidak pernah dikeluarkan di konsol-konsol terbaru dan juga PC. Oleh itu, pada bulan lepas, Yoshimi Yasuda iaitu bekas CEO untuk Kadokawa Games dan pengasas Dragami Games mengumumkan yang mereka membeli IP Lollipop Chainsaw.

Yoshimi Yasuda juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk permainan asal Lollipop Chainsaw.

Di dalam mesej yang dikongsi di Twitter, Yoshimi Yasuda mengatakan yang walaupun ramai pembangun-pembangun asal akan terlibat di dalam Lollipo Chainsaw Remake ini akan tetapi ia akan mempunyai beberapa perubahan, antaranya adalah 15 lagu yang digunakan di permainan asal tidak akan disertakan semula kerana isu lesen.

Beliau juga mengatakan yang sudah berhubung dengan Warner Bros, iaitu penerbit untuk permainan asal bagi pasaran global, yang juga membawa pengarah terkenal James Gunn sebagai penulis untuk permainan asal.

Selain itu, beliau juga mengatakan yang dengan sekarang kita sudah mempunyai akses kepada konsol spesifikasi lebih tinggi, grafik untuk permainan ini akan menjadi lebih realistik. Namun, buat masa ini masih tidak pengumuman mengenai platform ia akan tiba.

Sohor Kini