Mobilegamer.biz telah melaporkan berdasarkan data yang disediakan oleh Appmagic, permainan terbaru oleh Blizzard dan juga Diablo iaitu Diablo Immortal telah menjana pendapatan melebihi $49 juta (~RM216 juta) selepas sebulan dikeluarkan.

Data yang dikeluarkan oleh Appmagic tidak mengambil kira cukai 30% yang dikenakan oleh App Store ataupun Play Store oleh itu jumlah pendapatan sebenar adalah jauh lebih tinggi berbanding jumlah yang dinyatakan ini.

Ia juga telah dimuat turun sebanyak 10 juta kali setakat ini, menjadikan permainan Diablo paling popular dengan Diablo 3 terjual sebanyak 10 juta unit selepas 6 minggu dilancarkan. Namun, ini adalah kelebihan yang tidak mengejutkan untuk permainan percuma.

Diablo Immortal juga buat masa ini masih tidak dikeluarkan di beberapa negara di Asia Pasifik termasuk juga di China yang sudah semestinya antara pasaran terbesar untuk mereka. Ia akan dilancarkan di beberapa negara Asia Pasifik pada 8 Julai termasuk juga di Malaysia, manakala di China masih tidak mempunyai sebarang tarikh selepas tertunda sebelum ini.

Diablo Immortal dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini