Pada hujung minggu lepas, VGC telah melaporkan yang Mary DeMarle iaitu penulis untuk siri permainan Deus Ex dan juga permainan terbaru Guardians of the Galaxy telah menyertai Bioware.

Hari ini, Pengarah Projek untuk Bioware iaitu Michael Gamble telah mengumumkan yang Mary DeMarle menyertai mereka sebagai Pengarah Kanan Naratif Mass Effect.

Mary DeMarle telah terlibat di dalam penulisan untuk permainan video sejak tahun 2001 lagi di mana beliau menjadi penulis untuk permainan Homeworld 2 bersama dengan Relic Entertainment, sebelum menyertai Ubisoft sehingga tahun 2007.

Beliau kemudian menyertai Eidos Montreal untuk menjadi penulis siri permainan Deus Ex dan yang terbaru Marvel’s Guardians of the Galaxy.

Bioware sebelum ini telah mengumumkan permainan baharu Mass Effect sedang dibangunkan dan ia meneruskan penceritaan untuk trilogi asal dan bukan Andromeda. Namun, buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran dan juga judul. Mereka mungkin sedang memfokuskan Dragon Age: Dreadwolf terlebih dahulu.

Sohor Kini