Seperti dilaporkan sebelum ini, James Cameron iaitu pencipta dan juga pengarah untuk filem Avatar yang pertama turut menjadi pengarah untuk Avatar 2 yang kini dikenali sebagai Avatar: The Way of Water dan Avatar 3.

Kedua-dua filem baharu tersebut melalui penggambaran secara serentak dan perancangan yang sama juga untuk Avatar 4 dan Avatar 5. Namun, melalui temubual bersama dengan majalah Empire, James Cameron mengatakan yang beliau mungkin memberi tugasan pengarah kepada orang lain.

“Saya mempunyai perkara menarik yang lain sedang dibangunkan. Saya rasa, tidak pasti selepas yang ketiga ataupun keempat (filem Avatar), saya ingin melepaskan tanggungjawab pengarah kepada seseorang yang saya percaya, supaya saya boleh meneruskan melakukan perkara lain. Atau mungkin tidak. Saya tidak tahu lagi” katanya.

Namun, beliau menegaskan yang apa pun pilihan nanti, Avatar sentiasa akan menjadi penceritaan olehnya dan sangat teruja untuk penceritaan diteruskan lagi.

Avatar: The Way of Water akan tiba pada bulan Disember ini, dengan Avatar 3 akan tiba sekitar tahun 2024.

Sohor Kini