Warhorse Studios telah mengumumkan yang permainan tunggal mereka iaitu Kingdom Come: Deliverance telah terjual sebanyak 5 juta unit selepas 4 tahun dikeluarkan. Mereka mengambil masa seminggu untuk menjual 1 juta unit dan 4 tahun untuk menambah 4 juta unit lagi.

Bersempena dengan pencapaian ini, mereka juga telah menganjurkan pertandingan di mana pemain boleh meninggalkan pengalaman menarik mereka bermain permainan ini dan berpeluang untuk memenangi figura Henry Diorama Figurines.

Anda boleh menyertai pertandingan ini melalui laman Facebook, Steam ataupun Twitter mereka. Ia sudah bermula dan akan berakhir pada 7 Julai 2022.

Warhorse Studios sebelum ini dilaporkan akan bekerjasama dengan Wild Sheep untuk hadir dengan kandungan aksi nyata bagi permainan tersebut. Mereka juga kini merupakan studio di bawah THQ Nordic selepas pengambil-alihan pada tahun 2019.

Kingdom Come: Deliverance sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut; Ulasan Kingdom Come: Deliverance – Permainan Baik Yang Memerlukan Banyak Penambah-baikkan.

Sohor Kini