Aniplex telah mengumumkan yang A-1 Pictures akan membangunkan siri anime berdasarkan komik popular dari Korea Selatan iaitu Solo Leveling. Mereka juga telah berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Adapatasi ini akan menggunakan perkhidmatan Shunsuke Nakashige sebagai pengarah, Noboru Kimura sebagai penulis, Tomoko Sudo sebagai pereka watak dan Hiroyuki Sawano untuk muzik.

Buat masa ini ia hanya diumumkan akan tiba sekitar tahun 2023 dan Crunchyroll juga telah mengumumkan yang mereka akan membawa siri ini secara global.

Pada awal tahun ini, Netmarble juga telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan video berdasarkan Solo Leveling.

Sohor Kini