Ini Adalah Video Pembukaan Untuk Cyberpuk: Edgerunners

Cyberpunk: Edgerunners adalah siri anime berdasarkan dunia di dalam permainan Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt Red. Sebelum ini mereka telah mengumumkan yang ia akan tiba di Netflix pada September 2022 dan juga berkongsi treler untuknya.

Terbaru, mereka telah berkongsi satu lagi video dan kali ini adalah video pembukaan bagi siri anime ini apabila ia disiarkan kelak. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sebelum ini, mereka juga telah mengumumkan yang Cyberpunk: Edgerunners akan mempunyai 10 episod. Siri ini dihasilkan oleh Studio Trigger yang terkenal dengan siri anime Kill La Kill dan Little Witch Academia.

Sohor Kini