Treler Redfall Baharu Memfokuskan Kepada Tempat Dan Watak

Pada bulan lepas, Arkane Austin telah memperlihatkan video bentuk permainan untuk permainan baharu mereka iaitu Redfall, terbaru mereka telah berkongsi satu lagi treler yang kali ini memperlihatkan secara lanjut mengenai Redfall dan juga watak-watak yang boleh digunakan oleh pemain.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Diperlihatkan yang Redfall sebelum ini adalah satu pulau yang cantik dan menjadi tempat utama pelancongan, akan tetapi ia telah dipenuhi dengan Vampire dan pemain perlu melawan mereka untuk mengambil semula pulau tersebut.

Pemain boleh memilih salah seorang daripada empat watak iaitu Jacob Boyer, Remi De La Rosa, Devinder Crousley, dan Layla Ellison yang mempunyai kebolehan tersendiri. Permainan ini boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi sehingga 4 pemain.

Redfall akan dikeluarkan untuk Xbox Series dan PC pada tahun 2023.

Sohor Kini