505 Games dan Kunos Simulazioni telah mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan Assetto Corsa Competizione menjadi permainan rasmi untuk kejohanan esukan FIA Motosport Games. Menjadikan buat pertama kali permainan ini dipilih.

Kejohanan ini akan bermula pada 26 Oktober sehingga 30 Oktober 2022 dan akan mempertandingkan beberapa disiplin perlumbaan iaitu GT, GT Sprint dan juga Endurance.

Bersempena dengan pengumuman ini mereka juga telah melancarkan DLC American Track Pack yang menyertakan litar dari Amerika Syarikat dan juga hiasan kereta baharu. Ia ditawarkan dengan harga RM80.

Assetto Corsa Competizione sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, namun buat masa ini DLC hanya dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini