One Esports bersama dengan Marriott Bonvoy telah mengumumkan rancangan temubual baharu oleh mereka iaitu Gamer’s Paradise yang akan memfokuskan kepada permainan video dan juga esukan di negara Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Gamer’s Paradise akan melibatkan atlit esukan, pemain, pencipta kandungan dan juga pakar di dalam industri ini. Ia akan mempunyai 15 episod dan berikut adalah topik-topik untuk setiap episod;

  • Episod 1: Mobile Legends
  • Episod 2: Mobile Legends Bahagian 2
  • Episod 3: League of Legends
  • Episod 4: League of Legends Bahagian 2
  • Episod 5: Permainan Video Retro
  • Episod 6: Permainan Perlawanan (Street Fighter dan Tekken)
  • Episod 7: Permainan Sukan (FIFA dan NBA 2K)
  • Episod 8: Subbudaya Permainan Video
  • Episod 9: Dota Bahagian 1
  • Episod 10: Dota Bahagian 2
  • Episod 11: Arena of Valor
  • Episod 12: Landskap Esukan Di Asia – Permainan Mudah Alih
  • Episod 13: Landskap Esukan Di Asia – Permainan PC
  • Episod 14: Landskap Esukan di Asia – Permainan Konsol
  • Episod 15 – Penutup Musim

Siaran untuk setiap episod ini adalah pada hari Isnin setiap minggu pada pukul 8.30 malam bermula dengan episod 1 malam ini. Anda boleh tontonnya di One Esports – Facebook, Twitch, YouTube dan AfreecaTV.

Sohor Kini