Blizzard sebelum ini telah mengumumkan yang Diablo Immortal tidak lagi dilancarkan pada 23 Jun sebaliknya akan tiba secara rasmi pada 8 Julai kelak. Mereka mengatakan perlu melakukan penambah-baikkan sebagai sebab utama penundaan ini.
Pengumuman penundaan ini juga telah mengakibatkan nilai saham NetEase selaku penerbit Diablo Immortal di pasaran China jatuh.
Hari ini, Blizzard sekali lagi mengesahkan yang Diablo Immortal akan dilancarkan di beberapa negara Asia Pasifik termasuk juga Malaysia pada 8 Julai, dan pemain juga sudah boleh pramuat permainan tersebut di PC melalui Battle.net.
Namun, buat masa ini ia masih tidak tersenarai untuk App Store, manakala di Play Store sudah tersenarai akan tetapi masih tidak boleh dimuat turun.
Dari segi spesifikasi yang diperlukan ia adalah seperti berikut;
- iOS
- iPhone 6S dan yang terbaru
- Sistem Operasi: iOS 11
- Android
- CPU: Snapdragon 660/Exynos 9611 atau yang lebih baik
- RAM: 2GB
- PC
- CPU: Intel i3 atau AMD FX-8100 atau yang lebih baik
- GPU: NVIDIA Gefore GTX 460, ATI Radeon HD 6850 atau Intel HD Graphics 530 atau yang lebih baik
- RAM: 4GB
Saiz pemasangan untuk peranti pintar adalah lebih kurang 12GB manakala untuk PC adalah 24GB.
Diablo Immortal akan dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.