Hoyoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 2.8 iaitu “Summer Fantasia” akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022. Antara kandungan yang akan disertakan adalah kawasan baharu, pakaian baharu untuk Diluc dan Fischl dan juga watak baharu Shikanoin Heizou.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Kemaskini ini akan menyertakan acara Summertime Odyssey di mana pemain bersama dengan Fischl, Xinyan, Kaedahara Kazuha dan Mona mengunjungi kepulauan The Golden Apple yang telah berubah rupa. Menyelesaikan acara ini, pemain akan mendapat watak Fischl secara percuma.

Pemain juga boleh dapatkan pakaian baharu untuk Fischl dengan melakukan misi Resonating Visions bersama dengan ganjaran-ganjaran yang lain.

Selain itu, Diluc , Kaedehara Kazuha bersama dengan watak baharu Shikanoin Heizou juga akan mempunyai penceritaan tersendiri dan Diluc juga akan menerima pakaian baharu yang boleh dibeli.

Shikanoin Heizou adalah watak 4-bintang yang menggunakan Catalyst, tetapi yang pertama memfokuskan kepada pertempuran jarak dekat. Heizou mempunyai kuasa Ameno yang akan menjadi lebih kuat jika menyerang penjahat yang sudah terkesan dengan elemen lain.

Hoyoverse juga telah mengesahkan yang dua banner di dalam kemaskini ini akan menyertakan Kaedehara Kazuha dan juga Klee di mana Shikanoin Heizou akan menjadi watak 4-bintang untuk kedua-dua banner.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini