Tayangan Thor: Love and Thunder Ditunda Ke 21 Julai 2022

GSC hari ini telah mengumumkan yang tayangan untuk Thor: Love and Thunder telah ditunda ke 21 Julai 2022 berbanding 8 Julai yang diumumkan sebelum ini.

Buat masa ini, tiada penjelasan lanjut yang diberikan selain daripada ia telah dilakukan oleh Disney sendiri. GSC juga mengatakan yang setiap pembelian tiket awal akan diberikan bayaran balik dalam masa 14 hari.

Pembayaran balik ini akan dilakukan secara automatik dan tidak memerlukan sebarang tindakan daripada pembeli.

Thor: Love and Thunder akan membawa arah baharu untuk Thor dengan Jane Foster lakonan Natalie Portman akan menjadi Lady Thor, manakala Thor tampaknya masih lagi mencari perkara seterusnya yang ingin dilakukan selepas tidak lagi mengetuai Asgard. Christian Bale juga telah diperlihatkan sebagai Gorr The God Butcher.

Sohor Kini