Stuntfest – World Tour Diumumkan Untuk PC, Tiba Sekitar Tahun Ini

THQ Nordic hari ini telah mengumumkan satu siri permainan baharu iaitu Stuntfest – World Tour yang merupakan permainan perlumbaan kereta tetapi turut menyertakan aktiviti lasak seperti pelanggaran, dan pemain juga boleh keluar dari kereta untuk meluncur di udara.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Stuntfest – World Tour mengambungkan perlumbaan, pelanggaran dan juga penghancuran termasuk juga dengan mekanik pelentingan di dalam sesi permainan sehingga 18 pemain, di mana pemain akan berlumba untuk menjadi terpantas pada masa menghalang pemain-pemain lain.

Buat masa ini, Stuntfest – World Tour hanya diumumkan untuk PC dan akan tiba sekitar tahun ini. Ia dibangunkan oleh Pow Wow Entertainment.

Sohor Kini