Sejak pandemik Covid-19 berlaku, ramai orang mula mencari jalan untuk tonton filem atau siri TV bersama-sama. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan platform Zoom dan ada juga yang menggunakan pemalam pada pelayar web seperti Teleparty.

Prime Video turut hadir dengan versi tersendiri, iaitu Watch Party yang boleh ditonton bersama-sama dengan 100 pengguna Prime Video lain. Pengguna hanya perlu tekan ikon Watch Party di sebelah ikon senarai tontonan pada mana-mana kandungan dalam Prime Video, kemudian masukkan nama, dan kongsi pautan.

Ketika ia dilancarkan, ia terhad untuk digunakan di negara terpilih seperti di Amerika dan juga melalui web. Ia kemudiannya dikembangkan kepada pengguna Fire TV dan aplikasi Android dan iOS. Kini ciri ini telah dikembangkan untuk digunakan pada mana-mana platform. Ciri ini turut membenarkan pengguna bersambang antara satu sama lain.

Tidak kira TV pintar Android TV, peranti Roku, TV Samsung, dongel-dongel TV pintar atau juga konsol seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X – semua orang boleh sertai parti tontonan untuk menstrim bersama-sama dari jarak jauh. Malah ia juga boleh digunakan di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Sohor Kini