Nexon mengumumkan yang permainan mudah alih terbaru mereka iaitu Argent Twilight: Secret of the Dark Orbs akan dilancarkan secara terhad di Malaysia dan Kanada tidak lama lagi, berdasarkan penyenaraian di App Store, ia adalah pada 31 Ogos 2022.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga telah membuka sesi pra-pendaftaran melalui App Store dan juga Play Store, setiap yang mendaftar akan mendapat 1 juta Gold apabila ia dilancarkan kelak.

Anda boleh tonton treler untuk permainan ini di bawah.

Argent Twilight: Secret of the Dark Orbs merupakan permainan RPG strategi mengikut turutan dan pemain juga boleh mengumpul pelbagai watak untuk membentuk satu pasukan. Terdapat lebih 300 watak yang akan tiba ketika pelancaran.

Anda boleh ketahui lanjut mengenai permainan ini di laman rasmi untuknya; https://argenttwilight.nexon.com/.

Sohor Kini