Square Enix telah mengumumkan yang Star Ocean The Divine Force iaitu permainan aksi RPG terbaru untuk siri Star Ocean akan dikeluarkan pada 27 Oktober untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series, manakala untuk PC pada 28 Oktober 2022.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Sebelum ini, mereka telah memperlihatkan yang The Divine Force akan membawa konsep “double hero” di mana pemain boleh memilih di antara dua watak sebagai watak utama iaitu Raymond dan Laeticia. Penceritaan yang disampaikan melalui perspektif berbeza mengikut watak yang digunakan.

Permainan ini juga tampaknya memberikan pemain cara untuk bergerak dengan lebih mudah, pemain boleh terbang kemana sahaja untuk mengembara. Mereka juga mengatakan yang The Divine Force adalah permainan Star Ocean yang mempunyai sistem pertempuran yang terpantas di dalam siri ini.

Sohor Kini