Filem Fantastic Four untuk MCU sudah pun diumumkan. Akan tetapi, masih tiada apa-apa kemaskini mengenainya kerana ia masih di peringkat awal pembangunan. Apa yang kita tahu sekarang adalah Jon Watts pengarah asal sudah menarik diri, penerbit Moon Knight akan terlibat, Chris Evans berminat untuk kembali berlakon sebagai Human Torch dan John Krasinski tidak akan kembali berlakon sebagai Reed Richards/Mr. Fantastic untuk MCU.

Tidak banyak yang kita tahu mengenai filem ini. Tetapi Howard Stern yang terkenal sebagai hos radio dan pengacara rancangan realiti mendedahkan dalam SiriusXM yang beliau akan berlakon dalam satu projek MCU berkaitan dengan Dr. Doom.

Jika dakwaan beliau ini benar, di mana tidak lama lagi jadual beliau semakin padat untuk siap sedia berlakon dalam filem ini – Dr. Doom akan menjadi projek solo pertama Fantastic Four dalam MCU. Masih tidak pasti jika ia adalah filem atau siri TV untuk Disney+.

Beliau turut kedengaran seakan masih belum bersedia dan turut menelefon Robert Downey Jr. untuk meminta bantuan dalam teknik lakonan untuk MCU. Watak yang akan dilakonkan oleh Howard Stern juga masih tidak pasti apa dan adakah akan menjadi watak penting ataupun tidak. Apa yang pasti, beliau bukannya Victor Von Doom.

Sohor Kini