THQ Nordic telah mengumumkan yang permainan memburu mereka iaitu Way of the Hunter akan dilancarkan pada 16 Ogos 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam Way of the Hunter, pemain boleh memburu binatang di kawasan berdasarkan Amerika Syarikat dan juga Eropah. Antara fungsi menarik yang disertakan adalah pemain boleh mendapatkan pelbagai informasi sebelum memburu, kamera peluru dan juga pergerakan binatang yang realistik.

Sesi pra-tempahan untuk Way of the Hunter kini dibuka dengan harga bermula RM79.

Sohor Kini