Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus menjadi kebanggaan untuk industri perfileman Malaysia apabila memecah rekod demi rekod. Ia sebelum ini telah mencatat kutipan melebihi RM12 juta untuk hujung minggu pertama.

Melalui perkongsian terbaru, filem Mat Kilau telah mengutip lebih RM23 juta selepas hanya seminggu dikeluarkan di pawagam. Menjadikan ia adalah filem dengan kutipan tertinggi untuk seminggu pertama.

Dengan pencapaian ini, tidak mengejutkan jika ia akan menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia tidak lama lagi, buat masa ini dipegang oleh Munafik 2 yang juga filem Syamsul Yusof dengan kutipan RM48 juta.

Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof dan juga ditulis oleh beliau bersama dengan Shahruddin Dali, manakala barisan pelakon pula adalah Adi Putra yang akan menjadi Mat Kilau, Fattah Amin sebagai Awang bersama dengan Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan Asari.

Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan – Bangkitnya Filem Melayu Yang Boleh Cipta Sejarah.

Sohor Kini