THQ Nordic akhirnya melancarkan permainan MX vs ATV Legends mereka untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh tonton video pelancaran untuknya di bawah.

Permainan terbaru untuk siri ini menyertakan mod karier yang lebih mendalam, kawasan dunia terbuka yang boleh diteroka dan termasuk juga pelbagai kenderaan baharu yang juga boleh diubah suai. Ia juga kini menyokong sesi permainan multi-pemain setempat, dan juga dalam talian sehingga 16 pemain.

Sohor Kini