Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Julai untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 5 Julai sehingga 1 Ogos 2022;

  • Crash Bandicoot 4 It’s About Time
  • The Dark Pictures: Man of Medan
  • Arcadegeddon
  • Zero Strain

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Jun anda masih boleh melakukannya sehingga 4 Julai 2022.

Sohor Kini