The Electric State adalah novel graafik karya Simon Stålenhag yang dikeluarkan pada tahun 2018. Dalam novel ini, ceritanya berlaku pada tahun 1997 mengisahkan seorang gadis remaja dengan mainan robot kuning merantau ke barat yang mempunyai banyak sisa dron tempur gergasi bersama dengan sisa gajet sistem realiti maya canggih.

Dalam pengembaraan gadis ini, beliau ingin mencari adik yang telah hilang dan telah bertemu dengan individu yang hidup bertualang. The Electric State sudah disahkan akan diadaptasi menjadi sebuah filem aksi nyata sejak dua tahun lalu dengan Russo Brothers sebagai pengarah dan watak utama lakonan Millie Bobby Brown (Enola Holmes, Stranger Things).

Filem ini pada awalnya adalah projek di antara Russo Brothers dan juga Universal. Namun selepas bajet filem menjadi tinggi iaitu sekitar $200 juta (~RM880 juta), filem ini akan dihasilkan oleh Netflix.

Chris Pratt turut dilaporkan akan berlakon dalam filem ini. Projek filem ini bukan sahaja mengembalikan kerjasama antara Chris Pratt dengan Russo Brothers, tetapi turut juga oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely yang pernah bertanggungjawab untuk ketiga-tiga filem Captain America, Thor: The Dark World, Avengers Infinity War dan Endgame serta siri TV Agent Carter.

Sumber turut menambah yang walaupun filem ini berlaku dalam dunia alternatif di mana manusia hidup bersama dengan robot dan terdapat satu konspirasi besar berlaku – ia masih lagi sebuah kisah memfokuskan bagaimana seorang gadis remaja melalui semua halangan untuk tidak putus asa.

Sohor Kini