Thor: Love and Thunder adalah filem solo keempat Thor dan juga merupakan satu-satunya filem solo yang sudah mempunyai empat filem dalam MCU. Filem ini akan ditayangkan pada 7 Julai akan datang.

Dalam filem ini, Jane Foster lakonan Natalie Portman akan menjadi Thor, Christian Bale pula akan menjadi Gorr The God Butcher dan turut akan ada penampilan Russell Crowe sebagai Zeus. Filem ini dilihat akan memfokuskan kepada watak Thor yang ingin kembali mencari identiti beliau.

SlashFilem baru-baru ini menghadiri satu sidang media untuk filem ini, Kevin Feigi mendedahkan yang bukan Jane Foster sahaja akan menjadi variasi Thor berlainan. Malah masih ada banyak lagi watak lain dalam MCU yang berpotensi untuk menjadi variasi Thor berlainan

Beliau menyatakan minat untuk menyampaikan cerita tambahan mengenai kesinambungan sesuatu watak. Tambahan beliau lagi, semua pelakon dalam MCU tidak dianggap sebagai watak individu tetapi sebagai pelakon penting dunia Marvel yang boleh berkembang dan berubah pada bila-bila masa.

Sohor Kini