Sony Pictures sedang sibuk untuk membangunkan dunia Sony’s Spider-Man Universe. Ia adalah dunia filem untuk watak-watak Spider-Man seperti Venom, Morbius dan banyak lagi. Filem di dalam dunia ini buat masa ini adalah VenomVenom: Let There Be Carnage dan Morbius.

Akan datang, Sony turut akan hadir dengan filem Kraven the Hunter, Madame Web, Spider-Woman, El Muerto dan banyak lagi. Dunia Spider-Man tersendiri Sony ini masih tidak mempunyai kualiti yang baik serta penceritaan yang menarik. Francais Venom sahaja setakat ini dilihat yang masih boleh diterima ramai, sementara Morbius dikecam teruk kerana menggunakan konsep multimesta yang tidak masuk akal.

Untuk filem Madame Web yang kini disahkan sedang aktif dalam pembangunan dengan Dakota Johnson (Fifty Shades of Grey) sebagai Madame Web, Sydney Sweeney (The White Lotus), Emma Roberts (American Horror Story), Isabela Merced (Dora and the Lost City of Gold), Celeste O’Connor (Ghostbusters: Afterlife) dan Tahar Rahim (Apple TV+ The Serpent).

Dalam maklumat yang didedahkan untuk projek-projek perfileman terkini oleh Production Weekly, ia menyenaraikan yang Kevin Feige akan menjadi penerbit untuk filem ini dengan S.J. Clarkson sebagai pengarah (pengarah Marvel Netflix The Defenders, Jessica Jones). Ini mungkin kerana Sony Pictures inginkan bantuan Kevin Feige untuk menghasilkan satu filem yang lebih berkualiti dengan penceritaan yang baik.

Filem Madame Web dikhabarkan akan melibatkan banyak konsep multimesta dengan pelbagai watak Spider-Man daripada pelbagai dunia akan memasuki dalam filem ini.

Di dalam komik, Madame Web atau nama sebenar Cassandra Webb adalah seorang wanita buta dan ada penyakit kronik neuromuskular dengan masalah untuk bergerak serta bernafas. Beliau kerap duduk pada saran labah-labah berbentuk kerusi yang turut berfungsi sebagai alat bantuan untuk beliau terus hidup. Madame Web turut kerap membantu Spider-Man dan mempunyai kuasa psikik untuk berlawan dan menumpaskan musuh.

Sohor Kini