Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja permainan realiti terimbuh (AR) baharu yang diumumkan ataupun dibangunkan oleh Niantic, dan yang terbaru adalah NBA All-World iaitu permainan AR berdasarkan liga bola keranjang Amerika Syarikat.

Anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Seperti mana-mana permainan oleh Niantic, NBA All-World juga memerlukan pemain untuk bergerak secara fizikal untuk mencari pemain-pemain NBA. Apabila berjumpa pemain akan lawan sebelum dapat merekrut mereka ke dalam pasukan.

Selain itu, pemain juga boleh pergi ke gelanggang bola keranjang yang terdekat untuk melawan dengan pemain lain, namun oleh kerana tidak semua negara mempunyai jumlah gelanggang yang banyak, kawasan-kawasan permainan lain juga akan memberikan fungsi yang sama.

Buat masa ini, Niantic hanya membuka sesi pra-pendaftaran untuknya yang anda boleh lakukan di pautan ini dan masih tiada tarikh pelancaran diumumkan.

Sohor Kini