Capcom ketika Nintendo Direct yang berlangsung semalam telah mengumumkan Megaman Battle Network Legacy Collection untuk Nintendo Switch, di pengumuman berasingan ia juga akan tiba di PlayStation 4 dan PC.

Megaman Battle Network Legacy Collection akan menyertakan 10 permainan Megaman Battle Network di mana mereka menawarkan kesemua di dalam satu berkas, ataupun melalui dua bahagian iaitu Vol 1 yang menyertakan sehingga Megaman Battle Network 3 dan Vol 2 yang menyertakan Mega Man Battle Network 4 sehingga Mega Man Battle Network 6.

Melaui versi ini, ia juga akan menyertakan beberapa fungsi yang baharu seperti Galeri Karya, Pemain Muzik, dan Penuras Resolusi Tinggi.

Versi fizikal akan ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch, manakala versi PC dan juga versi berasingan Vol 1 dan Vol 2 akan ditawarkan secara digital sahaja.

Sohor Kini