Portal: Companion Collection Kini Tiba Untuk Nintendo Switch

Valve ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Portal: Companion Collection kini dilancarkan untuk Nintendo Switch. Portal: Companion Collection ini menyertakan kedua-dua permainan Portal termasuk juga kandungan tambahan lain.

Portal merupakan permainan pengembaraan tekaria dikeluarkan serentak untuk PC dan juga konsol iaitu Portal pada tahun 2007 dan Portal 2 pada tahun 2011. Versi Nintendo Switch ini pertama kali diumumkan pada Februari lepas dan dibangunkan oleh Nvidia Lightspeed Studios iaitu studio yang sering membawa permainan ke platform mudah alih.

Ia boleh didapatkan melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99, anda juga boleh tonton video pelancaran di bawah.

Sohor Kini