Terrible Toybox dan Devolver Digital ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang Return to Monkey Island akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan juga PC sekitar tahun ini. Mereka juga berkongsi treler bentuk permainan untuknya.

Monkey Island merupakan permainan pengembaraan oleh LucasArts yang kini dikenali sebagai Lucasfilm Games, ia pertama kali dilancarkan pada tahun 1990 dan permainan terakhir adalah Tales of Monkey Island yang dibangunkan oleh Telltale Games pada tahun 2009.

Manakala bagi penceritaan untuk Return to Monkey Island dikatakan akan bersambung terus dari permainan kedua iaitu Monkey Island 2: LeChuck’s Revenge yang dikeluarkan pada tahun 1991, dengan versi penambah-baikkan dikeluarkan pada tahun 2010.

Sohor Kini