Peringkat kumpulan untuk Wild Rift Icons Global Championship 2022 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 21 Jun lepas dan berakhir pada 25 Jun, di mana 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan berentap untuk mencari dua pasukan terbaik.

Berikut adalah 8 pasukan yang berjaya ke peringkat kalah mati;

  • Nova China
  • KT Rolster
  • FunPlus Phoenix
  • RRQ
  • J Team
  • Flash Wolves
  • JD Gaming
  • Team Flash

Di peringkat suku akhir yang akan bermula pada 1 Julai ini, Nova China akan melawan KT Rolster, FunPlus Phoenix melawan RRQ, J Team melawan Flash Wolves dan JD Gaming melawan Team Flash.

Dengan ini adalah peringkat kalah mati, ia tidak akan menyertakan laluan lower bracket ataupun upper bracket, sebaliknya pasukan yang tewas akan terus tersingkir. Mereka akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $2 juta, dan juga gelaran pasukan Wild Rift terbaik di dunia.

Anda boleh ikut kejohanan ini di mana-mana media sosial rasmi League of Legends Wild Rift.

Sohor Kini