Atlus sebelum ini telah mengumumkan yang Persona 5 Royal, Persona 4 Golden dan Persona 3 Portable akan dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Ketika Nintendo Direct Mini, mereka juga mengumumkan yang ketiga-tiga permainan akan turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch.
Seperti di platform lain, ia akan bermula dengan Persona 5 Royal yang akan tiba pada 21 Oktober 2022 manakala dua lagi permainan akan tiba di masa yang akan diumumkan kemudian.
Persona 5 Royal sebelum ini hanya dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 melalui keserasian belakang, manakala Persona 4 Golden hanya dikeluarkan untuk PS Vita dan PC sahaja, Persona 3 Portable pula hanya untuk PSP sahaja.
Ketiga-tiga permainan ini juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.