Square Enix ketika acara Nintendo Direct Mini hari ini telah mengumumkan IP baharu oleh mereka iaitu Harvestella yang merupakan permainan simulasi kehidupan RPG di mana pemain perlu bercucuk tanam, memasak dan juga mendapatkan pelbagai bahan-bahan mentah.

Seperti permainan-permainan simulasi kehidupan ataupun berkebun yang lain, musim akan berubah dari musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk akan tetapi Harvestella mempunyai musim kelima iaitu Quietus, di mana pada musim ini pemain perlu menghalang daripada ia memusnahkan perkampungan dan juga kebun.

Selain itu, ia juga menyertakan pertempuran yang kelihatan seperti satu permainan aksi RPG. Harvestella akan dikeluarkan untuk PC dan Nintendo Switch pada 4 November 2022.

Sohor Kini