Gameloft ketika acara Nintendo Direct hari ini telah mengumumkan yang Disney Dreamlight Valley iaitu permainan simulasi kehidupan di dalam dunia Disney akan dikeluarkan secara akses awal pada 6 September ini untuk Nintendo Switch, ia juga akan tiba di PlayStation, Xbox dan PC.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menghasilkan watak sendiri untuk melakukan pelbagai tugasan seperti bercucuk tanam, memancing, dan juga memasak untuk membantu watak-watak Disney mendapat kembali memori mereka.

Disney Dreamlight Valley akan dikeluarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan dan akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini