Nintendo dan Ubisoft ketika Nintendo Direct Mini hari ini telah mengumumkan yang permainan seterusnya Mario+Rabbids iaitu Mario+Rabbids Sparks of Hope akan dikeluarkan pada 20 Oktober 2022 untuk Nintendo Switch.

Seperti permainan pertama Mario+Rabbids Kingdom Battle, ia adalah permainan strategi mengikut turutan. Namun, melalui video baharu yang diperlihatkan, pemain boleh bergerak dengan lebih bebas sebelum melakukan serangan.

Mario+Rabbids Sparks of Hope telah diumumkan sejak tahun lepas lagi, di mana mereka juga mengatakan yang berbanding satu planet sahaja untuk di permainan pertama, ia kali ini akan menyertakan beberapa planet berbeza yang akan menjadi medan pertempuran.

Sohor Kini