BoBoiBoy Galaxy adalah sekuel kepada siri animasi popular BoBoiBoy yang berlangsung dengan tiga musim. BoBoiBoy Galaxy merupakan sambungan kepada filem pertama BoBoiBoy The Movie, ia mempunyai 24 episod dalam satu musim dan diteruskan dengan filem kedua – BoBoiBoy Movie 2. Musim kedua siri ini diteruskan pula dalam bentuk komik.

Musim pertama yang mula bersiar pada 25 November 2016 tamat pada 22 Jun 2018. Ia kemudiannya disiarkan secara percuma melalui saluran YouTube rasmi Monsta. Nizam Razak selaku CEO Monsta kini mendedahkan yang jumlah tontonan siri ini di YouTube telah mencapai sehingga lebih 1.7 bilion iaitu 1,715,078,657.

Menurut beliau, jumlah tontonan ini telah menaikkan semangat studio mereka untuk mengolah komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua kepada bentuk siri animasi.

Dalam siri ini, ia mengisahkan projek Power Sphera yang batal kerana terlampau bahaya. Robot-robot ini kemudian lari menyembunyikan diri. Untuk mengelak setiap Power Sphera jatuh ke atas tangan individu tidak bertanggungjawab kerana boleh memberikan kuasa dahsyat – BoBoiBoy dan rakan-rakan bekerjasama bersama TAPOPS melindungi galaksi dan bumi dari ancaman bahaya.

Sohor Kini