Super Bomberman R 2 Akan Tiba Di Nintendo Switch Tahun Depan

Nintendo hari ini telah berkongsi Nintendo Direct Mini baharu yang memfokuskan kepada permainan-permainan pihak ketiga. Antara permainan yang diumumkan adalah permainan terbaru untuk siri Bomberman iaitu Super Bomberman R 2.

Ia merupakan sekuel kepada Super Bomberman R yang merupakan permainan pelancaran untuk Nintendo Switch pada tahun 2017 lepas. Super Bomberman R 2 akan dikeluarkan pada tahun depan dan buat masa ini hanya disahkan untuk Nintendo Switch sahaja.

Antara perkara baharu yang disertakan adalah mod Castle di mana sekumpulan pemain sehingga 15 pemain perlu melalui satu kawasan untuk mendapatkan harta karun manakala sepasukan lagi perlu melakukan pertahanan.

Sohor Kini