Nintendo hari ini telah berkongsi Nintendo Direct Mini baharu yang memfokuskan kepada permainan-permainan pihak ketiga. Antara permainan yang diumumkan adalah Nier: Automata akan dikeluarkan pada 6 Oktober ini dengan sesi pra-tempahan dibuka sekitar minggu ini.

Nier: Automata adalah permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Platinum Games dan diterbitkan oelh Square Enix. Ia adalah permainan kedua untuk siri Nier dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 tetapi pertama kali untuk konsol oleh Nintendo.

Edisi yang dikeluarkan adalah The End of Yorha yang menyertakan DLC 3C3C1D119440927 yang mana ia menyertakan pelbagai kostum Pod, aksesori topeng.

la

Sohor Kini