Walaupun sedang kehilangan banyak pelanggan dan tidak mempunyai pendapatan tinggi di pasaran Asia, Netflix masih ingin beri lebih fokus kepada pasaran kawasan ini untuk menjana lebih pendapatan. Dalam statistik daripada Bloomberg, sebanyak 15% dari 221.6 juta pelanggan global Netflix datang dari Asia.

Dalam satu analisa pakar, sepanjang separuh kedua tahun 2022 mereka menjangkakan akan menerima 6.8 juta lagi pelanggan yang mana 79% daripadanya adalah dari Asia. Untuk tahun ini juga, setakat ini, baru ada 1.1 juta pelanggan baru sepanjang suku pertama. Ini adalah 20% penurunan berbanding tahun lepas. Walaupun kelihatan ada banyak pelanggan di rantau ini, Asia masih lagi nilai paling rendah untuk mereka dan lebih banyak pelanggan diperlukan untuk menjana keuntungan.

Antara sebab Netflix tidak mengaut keuntungan di Asia adalah kerana pelan untuk peranti mudah-alih seperti di Malaysia RM17 sebulan. Keuntungan mereka ada penurunan sebanyak 5% iaitu sekitar RM40.50 sebulan di Asia berbanding di Amerika Syarikat dan Kanada yang menjana 5% keuntungan pada kadar RM65.60 sebulan.

Walaupun Netflix masih memegang majoriti pasaran Asia, mereka masih ketinggalan dengan Viu yang menawarkan pelan langganan percuma serta mempunyai lebih banyak kandungan Korea. Netflix turut perlu memfokuskan untuk meningkatkan lagi pelanggan di negara yang menguntungkan seperti Jepun dan Korea serta di negara baru membangun Thailand, Indonesia dan Couto.

Kaedah pembayaran juga dilihat menjadi punca untuk meningkatkan lagi pelanggan seperti kerjasama dengan syarikat telekomunikasi berbanding platform lain yang memerlukan kad kredit.

Sohor Kini