OpenAI merupakan mesin kecerdasan buatan yang telah diajar untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk juga bermain permainan video. Ia sebelum ini telah terkenal apabila mengalahkan pasukan Dota 2 iaitu OG yang merupakan juara The International.
Terbaru, OpenAI telah diajar untuk bermain Minecraft dengan menonton video selama 70 ribu jam berkait dengan permainan tersebut. Perkara ini adalah satu pencapaian yang baik adalah kerana video-video tersebut tidak mempunyai sebarang label yang dapat membantu sesuatu AI untuk mengetahui apa yang berlaku.
Sebaliknya, mereka sekadar menghasilkan 2 ribu jam video yang mempunyai label seperti apa yang dilakukan, penggunaan papan kekunci dan memberikan informasi tersebut kepada OpenAI yang kemudiannya belajar daripada video tersebut untuk labelkan 70 ribu jam video sebelum ini.
Melalui sistem ini, OpenAI telah berjaya melakukan pelbagai tugasan di dalam Minecraft seperti menghasilkan crafting table, berenang, memburu binatang, makan dan juga pillar jumping. Ia juga berjaya menghasilkan diamond satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan.
Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini.