Baru sahaja beberapa hari lepas, kami melaporkan yang siri animasi baharu Monsta iaitu Mechamato sudah boleh distrim di HBO Go. Tetapi di platform penstriman ini, kesemua 13 episod hanya ditawarkan dalam bahasa Inggeris.

Terkini, melalui Facebook rasmi BoBoiBoy – mereka mengumumkan yang siri animasi ini turut boleh distrim di platform penstriman Astro Go. Apa yang menariknya, di Astro Go ia menawarkan versi alih-suara bahasa Melayu untuk kesemua 13 episod. Cuma apa yang mengecewakan adalah, gerak mulut tidak selari dengan audio.

Siri Mechamato adalah prekuel kepada BoBoiBoy, iaitu kisah bapa beliau Amato bersama robot makhluk asing MechaBot. MechaBot boleh mengubah apa jua objek menjadi gajet dan senjata serta menjadi perisai untuk Amato.

Sohor Kini