Television Business International telah melaporkan yang Lil Critter Workshop iaitu studio animasi yang berasal dari Malaysia akan membuka studio baharu di Bristol, UK. Studio ini akan memfokuskan pembangunan IP sendiri untuk penawaran kandungan di UK dan Eropah.

Lil Critter Workshop sebelum ini telah hadir dengan pelbagai siri anmiasi seperti Hogie the Globehopper dan Buck and Buddy yang anda boleh tonton di Youtube. Mereka juga sebelum ini mengumumkan bakal hadir dengan siri animasi Lawak Kampus.

Studio baharu ini akan diketuai oleh Walid Omar yang juga pengasas bersama Lil Critter Workshop, di mana beliau sebelum ini telah membesar dan juga bekerja di UK.

Sohor Kini