Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad digital mereka iaitu Hearthstone, Murder at Castle Nathria akan dikeluarkan pada 3 Ogos 2022, ia akan menyertakan 135 kad baharu termasuk juga jenis kad dan keyword baharu.

Anda boleh tonton treler cinematic untuk penambahan ini di bawah.

Jenis kad baharu yang diperkenalkan adalah Location, iaitu kad yang boleh diturunkan dan mempunyai kelebihan tertentu yang boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Namun, ia mempunyai had di mana tidak boleh digunakan secara berturut-turut. Ia juga mempunyai had penggunaan seperti senjata.

Keyword baharu pula ada Infuse, iaitu kad spell ataupun minion yang akan menjadi lebih berkuasa mengikut jumlah minion yang telah mati semasa kad yang mempunyai Infuse berada di tangan.

Penambahan ini akan menyertakan 10 Legendary baharu, dan salah satunya adalah Prince Renathal yang apabila berada di dalam dek, pemain boleh menambah 10 lagi kad di dalam dek dan hero juga akan mempunyai 10 tambahan nyawa.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini