505 Games Mengambil Alih D3 Go! Untuk Mengembangkan Perniagaan F2P

505 Games telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih studio permainan video D3 Go! yang membangunkan permainan seperti Marvel Puzzle Quest dan Puzzle Quest: The Legends Returns. Pengambil-alihan ini dikatakan adalah sebahagian usaha mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan di dalam permainan percuma untuk dimainkan (Free-to-Play).

Dengan pengambilalihan ini, ia juga membuatkan 505 Games kini memiliki kesemua permainan Puzzle Quest dengan D3 Go! akan menyertai Infinity Plus Two yang mereka ambil-alih pada awal tahun lepas, iaitu pembangun untuk siri Puzzle Quest termasuk juga Puzzle Quest 3.

Selepas pengambilalihan ini, permainan-permainan di bawah D3 Go! akan kekal di bawah mereka akan tetapi penambahan dana akan diberikan dalam masa terdekat. Semua 8 orang pembangun studio tersebut juga akan kini bekerja di pejabat 505 Games di California.

Sohor Kini