Apple TV+ semakin lama semakin banyak mempunyai kandungan yang menarik. Apa yang mereka tawarkan turut mempunyai kualiti produksi tinggi. Terkini, Apple Tv+ hadir dengan siri TV psikologi baharu Surface.

Siri ini mengisarkan Sophie yang hilang ingatan kerana kecederaan kepala traumatik yang berpunca daripada cubaan membunuh diri. Perkara ini dilihat berlaku beberapa kali, namun memori yang tidak berapa jelas menyatakan semua ini adalah satu konspirasi. Dalam usaha mengingati semula apa yang sebenarnya berlaku, Sophie melalui pelbagai haluan seperti kawan yang tidak dipercayai, suami yang mencurigakan, terperangkap dalam cinta tiga segi, dan buntu untuk mencari kebenaran.

Siri TV dikatakan lebih kepada satu kisah mencari identiti diri sendiri dan bagaimana jika kehidupan sendiri telah dimanipulasi untuk hidup dalam kehidupan yang bukan dipilih sendiri?

Sophie dilakonkan oleh Gugu Mbatha-Raw (Renslayer, Loki), beliau disertai oleh Oliver Jackson-Cohen (“The Haunting of Hill House”), Stephan James, Ari Graynor, Marianne Jean-Baptiste, François Arnaud dan Millie Brady.

Surface adalah produksi daripada Apple Studio bersama dengan Hello Sunshine. 4 episod pertama diarahkan oleh Sam Miller (pengarah siri TV Luther), sementara episod lain diarahkan oleh Kevin Sullivan, Jennifer Morrison dan Tucker Gates. Reese Witherspoon dan Lauren Neustadte pula adalah penerbit eksekutif.

Sohor Kini