Garena telah mengumumkan senarai 18 pasukan yang akan bertanding di Peringkat Liga untuk Free Fire Challengers Series Musim 2. 10 pasukan adalah yang layak dari Pusingan Akhir Kelayakan yang berlangsung pada 18 dan 19 Jun lepas, manakala 8 pasukan lagi adalah pasukan terbaik dari pusingan kelayakan.

Pasukan-pasukan yang layak adalah;

  • Team Princess
  • Orange Esports
  • K9 Esports
  • Bloody Head
  • Ako Khmer
  • Diversity Gaming
  • Never Stop
  • Archangels
  • K9Anxiety
  • Todak
  • Farang Esports
  • Geek Fam
  • WatchNLearn
  • X-Men Akatsuki
  • Noxscape
  • EWG
  • Axis Esports
  • Onorevole Esports

Peringkat Liga akan berlangsung setiap hujung minggu selama 3 minggu. Ia bermula pada 2 Julai dan akan berkahir pada 24 Jun 2022. 12 pasukan terbaik dari Peringkat Liga akan layak ke Peringkat Akhir di mana mereka akan merebut hadiah terkumpul $30 ribu.

Selain itu, 3 pasukan terbaik akan layak ke MCPS Majors, manakala pasukan di tempat ke-4 sehingga 9 akan layak ke Peringkat Akhir Kelayakan.

Selain itu, Garena juga mengumumkan kejohanan Blazing Hayato Cup dan Frostbite Hayato Cup yang telah bermula sejak 14 Jun lepas. Ia merupakan kejohanan di dalam permainan dan terbuka kepada pemain yang ranked Gold dan ke atas.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini